NUTP KEDAH
" We Lead We Care "
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Cawangan Kedah telah memainkan peranan yang aktif dalam memperjuangkan hak-hak dan kebajikan warga pendidik sejak penubuhannya pada tahun 1974.
Pada 24 Mei 1975, Mesyuarat Agung Cawangan Kedah Kali Kedua telah berjaya diadakan di Foo Chow Association, Alor Setar, dan telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Kedah pada ketika itu.
Mesyuarat tersebut turut disaksikan oleh Encik Aloysius Matthew, Setiausaha Agung KPPK Pusat, dan dihadiri oleh seramai 74 orang ahli daripada jumlah keseluruhan 500 orang ahli cawangan pada masa itu.
Pada 12 November 2011, KPPK Kedah telah melakarkan satu lagi sejarah dengan perasmian bangunan baharu KPPK, iaitu Wisma KPPK Cawangan Kedah di Blok B, No. 161 & 162, Tingkat 1 & 2, Susuran Sultan Abdul Hamid 8, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 2, Kedah yang disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEMIMPIN NUTP KEDAH




🟢 Zaman Awal (1920-an – 1945)
-
Guru-guru sekolah Inggeris tubuh persatuan untuk kegiatan sosial.
-
Penubuhan MTA (Malayan Teachers Association) – perjuangkan aspek sosial, ekonomi & profesion.
-
1946 : MTF (Malaya Teachers’ Federation) ditubuhkan – guru dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang & Singapura.
-
Tujuan: Satukan kesatuan guru di bawah satu badan.
-
🔴 Penubuhan MTU & Kegagalan Awal (1947–1951)
-
12 September 1947: 16 wakil dari 6 kesatuan tubuh MTU di Kuala Lumpur.
-
Lidah rasmi: The Malayan Educator.
-
MTU gagal didaftar – ditolak oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja.
-
-
Usaha tubuh PMTU (termasuk STU Singapura) gagal– bercanggah dengan Ordinan Kesatuan Sekerja 1940.
-
1951: MTU baharu ditubuhkan – tapi hanya sebagai persekutuan, tanpa ahli guru secara langsung.
🟡 Kemunculan NUT & KKGSK (1954)
-
1954: Desakan bentuk kesatuan guru tunggal membawa kepada penubuhan:
-
NUT (National Union of Teachers) – dianggotai oleh 9 kesatuan negeri.
-
Ibu pejabat: Pulau Pinang → pindah ke Kuala Lumpur (1959).
-
Ambil alih The Malayan Educator.
-
-
1954 juga: Penubuhan KKGSK (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan).
🟣 Penyatuan Kesatuan Guru (1967–1974)
-
Februari 1967: NUT + KKGSK tubuh PERGURUAN (AMTU – Alliance of Malaysian Teachers’ Unions).
-
1969: MTUC inisiatif bentuk ATOM (Alliance of Teachers of Malaysia).
-
3 Ogos 1972: Persidangan Perwakilan NUT, KKGSK & DTC Union.
-
Rancang penyatuan besar-besaran.
-
🔵 Lahirnya NUTP/KPPK (1974)
-
Gabungan rasmi NUT + KKGSK → tubuh NUTP (KPPK).
-
Berjaya didaftar Januari 1974.
-
Ibu pejabat: Kuala Lumpur.
-
Kini: Kesatuan guru terbesar di Malaysia, pembela hak guru, berwawasan & mantap.

Sejarah Perkembangan Kesatuan Guru di Malaysia

PIKET NUT 1967
Latar Belakang dan Kronologi :
-
1964:
Wakil dari Melaka telah mengusulkan tindakan mogok sebagai usaha memperjuangkan masalah guru-guru Unified Teaching Service (UTS). -
1967:
Kesatuan NUT (National Union of Teachers) melancarkan mogok rasmi menggunakan kod rahsia "Matinee Show At This Time".-
Lokasi utama piket: Padang Bandar Hilir, Melaka.
-
Tindakan sesetengah pihak: Ada Guru Besar yang bertindak menutup pintu pagar sekolah untuk menghalang guru daripada menyertai mogok.
-
Taktik Perjuangan:
-
Diplomasi / Gertak / Ancaman
Penggunaan taktik ini bergantung kepada situasi semasa.
Kepentingan Ilmu Pengetahuan:
-
Ilmu mengenai gaji dan syarat perkhidmatan dari zaman British hingga kini sangat penting.
-
Pengetahuan ini membolehkan perbandingan dibuat antara keadaan dahulu dan sekarang.
-
Hujah berdasarkan perbandingan merupakan kaedah paling berkesan untuk membuat tuntutan dalam perjuangan.
Kesimpulan:
Perjuangan guru-guru pada era 1960-an menunjukkan kesungguhan mereka dalam menuntut hak melalui kesatuan, tindakan mogok, dan hujah berasaskan fakta serta sejarah. Peristiwa ini juga memperlihatkan pentingnya kesedaran serta ilmu pengetahuan dalam memperjuangkan keadilan dalam profesion perguruan.
SEJARAH PEMILIHAN TARIKH SAMBUTAN HARI GURU
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru di seluruh negara atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik serta membentuk generasi muda.
Tarikh ini dipilih kerana pada 16 Mei 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar rasmi pendidikan negara. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report), yang dinamakan sempena Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu. Laporan ini menjadi asas kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan, yang masih menjadi rujukan penting dalam sistem pendidikan Malaysia sehingga kini.
