📝 Jenis Keahlian
NUTP Kedah menawarkan beberapa kategori keahlian:
-
KEAHLIAN BIASA : Guru / Pegawai gred DG yang sedang berkhidmat di Semenanjung Malaysia/ Wilayah Persekutuan.
-
KEAHLIANBERSEKUTU : Terbuka kepada ahli yang telah bersara/meletak jawatan daripada profesion perguruan. Tidak mempunyai hak lain.
-
KEAHLIAN KEHORMAT : Dianugerahkan oleh Persidangan Perwakilan atas cadangan Majlis Eksekutif kepada mana-mana ahli yang telah memberi khidmat yang signifikan kepada Kesatuan/Profesion Perguruan. Mereka boleh menikmati semua keistimewaan sebagai ahli biasa tetapi tidak berhak menghadiri mana-mana mesyuarat melainkan jika dijemput atau hak mengundi dan tidak boleh memegang sebarang jawatan di dalam kesatuan ini / duduk di mana-mana jawatankuasanya.
💳 Yuran Keahlian
1. Ahli Biasa (Guru Dalam Perkhidmatan)
-
Yuran Bulanan: RM10.00
-
Sebanyak RM3.00 daripada yuran bulanan ini disalurkan ke Tabung Kebajikan NUTP
-
2. Ahli Bersekutu (Guru Bersara)
-
Yuran Sekali Bayar :
-
Kurang 10 tahun perkhidmatan: RM500
-
10–19 tahun: RM400
-
20–29 tahun: RM300
-
30 tahun ke atas: RM200
-
💳 Faedah daripada Yuran Keahlian
1. 🛡️ Perlindungan Profesional & Perundangan
-
Bantuan Guaman Percuma: Khidmat nasihat dan perlindungan undang-undang bagi kes tatatertib dan pertikaian tugas rasmi.
-
Pembelaan Ahli : Sokongan padu serta perlindungan hak sekiranya dikenakan tindakan pentadbiran oleh pihak sekolah atau kementerian.
2. 💰 Sumbangan Tabung Kebajikan
Sebahagian yuran (RM3.00/bulan) disalurkan ke Tabung Kebajikan NUTP yang memberi:
-
Bantuan kematian ahli atau ahli keluarga
-
Bantuan bencana alam (banjir, kebakaran)
-
Bantuan kepada guru sakit kritikal
3. 📚 Latihan, Bengkel & Pembangunan Profesional
Kutipan yuran digunakan bagi penganjuran pelbagai program pembangunan profesionalisme, merangkumi:
-
Pembangunan Profesional : Kursus dan seminar peningkatan kecekapan warga pendidik.
-
Peningkatan Kemahiran : Bengkel praktikal berfokuskan PdPc, pemantapan teknologi pendidikan, dan kepimpinan.
-
Kemajuan Kerjaya : Program sokongan pembangunan kerjaya guru secara holistik.
4. 🎤 Wakil Rundingan Dasar Pendidikan
Yuran menyumbang kepada usaha:
-
Menyuarakan isu kebajikan guru kepada KPM dan JPA
-
Terlibat dalam Sesi Libat Urus / rundingan bersama kerajaan
-
Menyediakan data, laporan dan hujahan dalam mesyuarat peringkat kebangsaan
5. 📦 Kemudahan & Faedah Tambahan untuk Ahli
-
Insurans kelompok khas untuk ahli
-
Diskaun Rakan Strategik (kedai buku, hotel, pinjaman peribadi)
-
Sumber rujukan berkaitan isu perkhidmatan
6. 🏛️ Pentadbiran & Perkhidmatan Kesatuan
-
Menyokong operasi cawangan negeri
-
Menyediakan kakitangan, pejabat dan sistem digital (seperti MyNUTP)
.jpg)
