
Baling, 13 Jun 2025 – NUTP Kedah menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan mendalam terhadap insiden kemalangan yang menimpa 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗟𝘂𝘁𝗳𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶, 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗞 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘂, 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 bersama isteri beliau, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗭𝗮𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗦𝗞 𝗧𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸, 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴, serta anak-anak mereka.
Mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan kenderaan pelbagai guna (Alza) dengan sebuah bas pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di laluan Gerik, Perak. Akibat kejadian tersebut, Ustaz Mohd Lutfi, isterinya dan anak-anak mereka mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Baling.
Bagi menzahirkan sokongan dan solidariti, Saudara Haji Jaafar bin Abdullah , Pengerusi NUTP kedah, bersama Ng Ngai Leong dan Mohd Nor telah mewakil NUTP mengadakan lawatan prihatin ke Hospital Baling pada jam 4.30 Petang.
Dalam lawatan tersebut, pihak NUTP Kedah telah menziarahi dan berinteraksi secara langsung dengan keluarga mangsa, menyampaikan ucapan takziah, kata-kata semangat serta doa kesembuhan.
NUTP 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 turut menyampaikan sumbangan peribadi serta menawarkan sokongan emosi kepada Ustaz Mohd Lutfi, isteri dan anak-anak sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga pendidik yang terkesan.
Semoga Ustaz Mohd Lutfi bin Radzi, Ustazah Nurul Ain binti Zakaria dan anak-anak mereka diberikan kesembuhan yang menyeluruh, kekuatan jiwa serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini. NUTP Kedah akan terus menyalurkan sokongan berterusan dan memantau perkembangan kesihatan mereka dari semasa ke semasa.











